Hati,
Kau memahami,
Tetapi kenapa kau disakiti ?
Hati,
Kau berlaku jujur,
Tetapi kenapa kau dilkhinati ?
Hati,
Kau bersikap penyayang,
Tetapi kenapa kau dilukai ?
Hati,
Kau selalu memaafi,
Tetapi kenapa kau dikecewakan kembali ?
Hati,
Kau selalu bersikap positif,
Tetapi kenapa kau didustai ?
Hati,
Kenapa kau yang selalu merasa apa itu sakit ?
Kenapa kau yang selalu dikecewakan ?
Kenapa kau yang selalu dilukakan ?
Hati,
Kau sungguh tabah,
Tetapi ketabahan kau boleh nampak melalui raut wajah.
Ketabahan kau memberi dorongan kepada diri kau.
Untuk terus tabah atas apa yang kau hadapi.
Hati,
Walaupun kau selalu disakiti,
Dilukai,
Dikhianati,
Didustai,
Dikecewakan,
Tetapi kau tetap ingin terus menyayangi,
Menyayangi tanpa henti,
Tanpa kenal erti penat.
Tanpa kenal erti lelah.
Tanpa kenal apa itu jemu.
Hati,
Aku mohon,
Bertahanlah walaupun sejuta orang melukaimu,
Bertahanlah walaupun seperit mana sakitmu,
Bertahanlah walaupun kau dikhianati berkali-kali,
Bertahanlah demi aku.
Demi jiwamu.
Demi kasihmu.
Demi perasaanmu.
Sesungguhnya,
Kau lah yang menentukan aku,
Sama ada untuk menyimpan dendam,
Atau memaafi,
Atau terus menyayangi.
Hati,
Janganlah kau meletakkan niat negatif,
Aku tidak mahu jiwa dan rohaniku dikotori,
Aku mahu hatiku sentiasa suci.
Suci walaupun terlalu banyak luka.
Nurkilan:Nur'Atiqa Bt Baderol Hisham