Jumaat, 30 Mei 2014

SUKA SUKI EPHYRA TREASURE HUNT 2014

Assalamualaikum.
Citer ni sebenarnya dah pun selesai minggu lepas 25 Mei 2014. Dek kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan segera maka hari ni baru saya dapat share ngan korang kesah disebalik EPHYRA Treaseure Hunt nih.

saya dapat tau pasal EPHYRA Treasure Hunt  ni dari kawan-kawan blogger gak. Memang dah lama tak join so saya  pun ambik keputusan untuk join dan menyemarakkan lagi hujung minggu tu.

Pada 24 Mei 2014 awal-awal lagi saya dah sampai ke lokasi pertemuan. Ingatkan saya yang paling awal rupanya ramai jugak yang dah sampai. Ader 7 kumpulan semuanya 4 orang untuk setiap kumpulan. Dan saya tersenarai dalam kumpulan ke 6 .. :)

Bila semua dah berkumpul sarapan pagi disediakan dan yang paling hebat sekali setiap peserta juga diberikan minuman EPHYRA.. hahaha jgn tak tau ni jugak adalah Task Pertama kerana kitorang dikehendaki meyiapkan Instavideo mengenainya. Memang kalut dibuatnya namun masing-masing cuba melakukan yang terbaek.


Sepasukan ngan saya Ijam, Miza dan Aziz ..Team No 6.. Team MARIGOLD.. hah bangga tau dengan nama ni sebab ni adalah salah satu bahan asas EPHYRA. Nama ni  juga telah dicadangkan oleh pengasas EPHYRA  PN. Amiza.. (mmg cun orangnya :) tau)



Setelah selesai sarapan pagi dan mendengar sedikit taklimat dari Pn AMIZA dan Denaihati (organizer) kami pun diberikan task ke-2..

Task-2 ..Moh Ke Taman Botani Putrajaya kite..




Walaupun senang tapi susah.. SUSAH sebab banyak sangat tanda nama dan disebabkan ketidak cekapan kami (hihihi)  maka beberapa perkara terlepas pandang dan melambatkan.. terus terang .. team kami yang terakhir menyelesaikan misi  (Taman BOTANI Putrajaya :( 

Task 3..kami diberikan lokasi dan perlu menyelfie diri masing-masing dengan gaya yang paling kreatif tak lupa yang paling penting mesti bergambar dengan Billboard EPHYRA yang jelas tertera wajah dutanya Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Dalam kekalutan dan kerisauan almaklum dah sah-2 team yg last untuk bergerak ke lokasi ditambah pulak disebabkan kurang memahami arahan maka kami telah menggunakan jalan jauh untuk sampai kelokasi... bagaimanapun Alhamdulillah kami berjaya melakukan Task ke 3 dengan jayanya... :) walaupun muka macam kene panggang dek matahari.. demi misi ku lalui jua.. hahaha


 Hah .. bukan berakhir disini tau.. kami meneruskan perjalanan ke KLIA2 plak. Disana kemi ke lokasi seterusnya STARBUCK KLIA 2.. 
Disini kami hanya mampu melakukan 3 tugasan aje.. pertama bergambar dengan logo KLIA2 dan dengan pelancong asing, serta menyiapkan instavideo sambil memberi penerangan kepada lelaki berbaju biru tentang produk EPHYRA. 



Selessai tugasan kami berehat sebentar untuk menunaikan solat serta makan tengahari sebelum terus ke JOM HEBOH Putrajaya untuk penutup acara hari ini.

Tiba disini telah menanti acara selanjutnya Blind Soccer.. mmg best terutama untuk orang yang celik macam kiter nih.. mmg mencabar. Walau camner pun team kitorang berjaya mengalahkan team GAM AKASIA dan selanjutnya menunjukkan Team Cheer kami .. mmg masih bertenaga rupaya team saya nih.. hihihi.. Ni mesti pasal minum EPHYRA pagi tadi... WOW memang terbaeklah EPHYRA nih..


Setelah selesai semua pasukan melakukan tugasan terakhir maka kami pun menunggu keputusan pemenang untuk  EPHYRA TREASURE HUNT  2014 .. dan ternyata kami kecundang juga hihihi.. team MARIGOLD mendapat tempat ke 6 dari keseluruhan 7 Team. Sambil-sambil tuh sempat gak posing ngan duta EPHYRA Norman Hakin dan Memey Suhaiza. Wow dorang memang ohsemlah memang sesuai jadi duta EPHYRA nampak penuh bertenaga dan cantik berseri-seri.

Juara EPHYRA Treasure Hunt 2014 milik Team Gluthatione, Naeb Juara pula Team Acai Beri dan Tmpt ke3 milik Team Tomato.. Tahniah pada pasukan yang berjaya.


Setiap peserta turut diberikan cenderahati dari EPHYRA memang berbaloi sangat pek Trial yang akan ku cuba dan pastinya menjadi pengguna tegar juga. In Sha Allah.


Syukur Alhamdulillah semuanya berakhir dengan kepuasan dan kegembiraan. Diucapkan berbanyak terima kaseh kepada EPHYRA dan Team Denaihati . semoga ada banyak lagi acara menarik sebegini dari EPHYRA yerk .. (jangan lupa jemput tau)




Oklah sebelum saya tutup kedai saya nak pesan jomlah singgah ke laman sesawang dibawah ni untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk EPHYRA. Memang dijamin keberkesanannya.

Website Rasmi Ephyra : http://oceanlife2.com/

Website Rasmi Ephyra : oceanlife2u.com

Facebook Rasmi Ephyra : https://www.facebook.com/oceanlife2u

Instagram Rasmi Ephyra : https://instagram.com/ephyra2u

Twitter Rasmi Ephyra https://twitter.com/ephyra2u

EPHYRA dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum. Digabung dengan 8 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit anda,Lindungi kulit anda dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya serlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Hasilnya – kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda!
EPHYRA SESUAI UNTUK
  • Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahunkeatas)
  • Ibu menyusu dan hamil (6 bulankeatas)
  • Mereka yang pentingkan kecantikan, kesihatan luar dan dalam
Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
  • Kulit berjerawat
  • Kulit Berjeragat dan Berparut
  • Eczema / Penyakit Kulit
  • Gastrik / Masalah Usus
  • Menurunkan Kolestrol
  • Stress / Kemurungan / Ceria
  • Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
  • Asthma / Lelah / Penat / Semput
  • Gout / Arthritis Sendi
  • Menopause
  • Ketidakseimbangan Hormon
  • Alergi Makanan Laut
  • Resdung
  • Penyakit Gusi / Demam
  • Masalah Tidur / Kelesuan
  • Jangkitan Pundi Kencing
  • Masalah Buah Pinggang
  • Kanser / PertumbuhanTumor
  • Sakit Sendi & Sengal Badan
  • Jantung / Saluran Darah
  • Migraine / Sakit Kepala
  • Strok / Parkinson
  • Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
  • Masalah Senggugut / PMS
  • Jangkitan Virus / Bakteria
  • Darah Tinggi
  • Masalah Saraf
  • Kencing Manis
  • Thyroid

Selasa, 20 Mei 2014

WW

Apa ada dengan rabu yang asyik sebut wordless wednesday???

Please explain boleh? 


Jumaat, 2 Mei 2014

Puisi Untuk MH370

Engkau hilang di langit, 
jejakmu berakhir di Lautan Hindi, 
khabarmu sudah ditangisi, 
walau susukmu tak nyata lagi,

Tragedi mu mencabar daya teknologi, 
pakar manusia pun jadi pusing, 
teka teki masih tak selesai, 
soalan ada yang masih belum terjawab,

Dalam kesabaran menanti, 
akhirnya jawapan pilu tiba jua, 
walaupun dari awal sudah di jangka,
perkhabaran sedih jua yang tiba,

Salam takziah buat semua ahli keluarga, 
mohon bersabar dengan ujian perit ini, 
anak kehilangan bapa, 
bapa kehilangan anak,
namum ini semua adalah takdir-Nya