Jumaat, 2 Mei 2014

Puisi Untuk MH370

Engkau hilang di langit, 
jejakmu berakhir di Lautan Hindi, 
khabarmu sudah ditangisi, 
walau susukmu tak nyata lagi,

Tragedi mu mencabar daya teknologi, 
pakar manusia pun jadi pusing, 
teka teki masih tak selesai, 
soalan ada yang masih belum terjawab,

Dalam kesabaran menanti, 
akhirnya jawapan pilu tiba jua, 
walaupun dari awal sudah di jangka,
perkhabaran sedih jua yang tiba,

Salam takziah buat semua ahli keluarga, 
mohon bersabar dengan ujian perit ini, 
anak kehilangan bapa, 
bapa kehilangan anak,
namum ini semua adalah takdir-Nya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan