Selasa, 15 Disember 2009

Adegan Terlampau Anak Gadis - Kantoi



Seorang insan yang bergelar bapa @ ayah @ abah @ walid tentu sekali mengidamkan sebuah keluarga yang harmoni di mana mereka mempunyai anak2 yang berjaya menjadi insan yang cemerlang @ berguna pada masa hadapan. Kerana anak adalah satu2nya pewaris dan penentu kepada generasi seterusnya dalam sesebuah keluarga yang dibina dan dibentuk.

TETAPI, Malang bagi insan yang bergelar si bapa ini, mendapat tahu perihal anak gadisnya yang dianggap suci tetapi terlibat dengan kerosakan akhlak dan perbuatan tidak bermoral seperti yang dilaporkan di dalam akhbar baru2 ini.

Terkejut sekali dengan aksi anak gadisnya yang berusia 14 tahun BERASMARADANA dengan lima rakan lelakinya serentak, si bapa mendesak untuk mendapatkan kepastian. Lalu terus dibawa anaknya membuat laporan polis. Kononnya si bapa ini ingin mendapatkan hak pembelaan dan jalan penyelesaian daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Tentu sekali si bapa inginkan hukuman setimpal dijatuhkan kepada lima2 jantan yang merosakkan anaknya...!!!

Tetapi di sebalik kejadian ini, mungkin perihal anak gadisnya terlebih dahulu yang perlu diperbetulkan. Wahai si bapa, tidakkah anda sepatutnya menjaga dan mendidik anak gadis anda dengan sebaik2nya!!! Tidakkah anda sepatutnya yang perlu mengambil tahu tentang pergaulan anak gadis anda dengan rakan sebayanya? Tidakkah anda perlu dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak anda dengan ilmu AGAMA yang dapat menjadi benteng yang utuh di dalam dirinya untuk tidak terjebak dengan kekotoran dan dosa2 yang dilaknat oleh ALLAH!!!!

Kenapa ketika anak itu masih kecil si bapa ber ia2 berikan yang terbaik kepada anaknya. Tetapi apabila anak gadis itu dewasa kelak, KEBEBASAN SEPENUHNYA pulak yang diberikan. SILAP percaturan si bapa kerana terlalu mempercayai dan yakin dengan anak gadisnya itu.

Tetapi cabaran menjaga anak gadis pada zaman yang berteknologi ini perlulah dititikberatkan dan si bapa perlulah mengalas tanggungjawab sepenuhnya bukannya terletak di bahu IBU YANG MENGANDUNGKANNYA SAHAJA...

1 ulasan:

  1. nauzubillah, moga x terjadi pd adik beradik kita n family kita....

    BalasPadam