Tanggal 5 Mac 2009, lahirlah permata hatiku QASEH NUR IMANINA, bayi perempuan yang ku lahirkan setelah genap 9 bulan 10 hari diriku ini mengandungkannya. Sayup kedengaran Azan Asar menunjukkan tepat jam 4.13 petang ketika bayiku ini dilahirkan. Rasa syukur ku tidak terhingga kepada ILLAHI kerana dengan rahmat dan izinnya, diriku selamat melahirkannya walaupun terpaksa melalui pembedahan kerana ketika mengandungkan puteriku ini, diriku menghidap darah tinggi. SEGALA PUJI BAGIMU ALLAH, kerana telah menyelamatkan kedua2 NYAWA bg DIRIKU kini.... Syukur ALHAMDULILLAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan